Monday, November 26, 2018

very short entry

salam alaik!



previous post saya macam give up and mcm taknak teruskan belajar yang berbaki 2 bulankan? yeaa im here tak jadi berenti lol selepas ade orang kasi moral support untuk teruskan belajar n jangan sia sia kan. since yela dah sampai tahap ni kan. actually harini hari serabut gila sebab macam macam hal. and mcm biasa fatehah berjaya mengharungi nya. 

kali ni short je entry. thanks for 18k viewer sebab blog ni dibuat untuk coretan biasa je tak sangka 18k viewer lol. cuma mengharapkan doa dari semua pembaca untuk beri fatehah kekuatan untuk meneruskan segala gala yang fatehah start. lagi sikit je nak abis. tp nak lalui tu. herm dah la asyik tak sehat je. doa la saya sentiasa sehat yer.

Saturday, October 13, 2018

once again rezeki!

salam alaik! 


harini dua entry la masuk. satu tu dari draft yang ni yang harini saya taip. saya busy sebenarnya tp stress fyp yang takde jalan penyelesaian dengan hati yang kt degree tinggal 20%  out of 80% . dengan hati kt rumah, pastu hati mcm menyesal sebab sambung belajar. dalam dok nak bercakap why laa aku x kerja je kenapa gatal pi sambung. actually mcm saya meragui rezeki Allah untuk saya. haiss tehah ni. bersyukur la rezeki awak belajar dulu baru kerja. haiss. tp kita manusia mmg tak boleh stop dari semua ni. semoga Allah xtarik rezeki Dia kt aku.. nauzubillah. sebab kepayahan skrg stressful skrg saya rasaa mcm haisss.. kenapa. memang semua ada jalan penyelesaian tp bila. nak nangis je hari hari hadap tahun akhir.

berbalik pada rezeki, sem ni pun org tnye saya pasal soalan selalu, pasal pointer dekan, pasal kenapa x dekan mcm budak rumah and dpt apa fyp 1. konsep rezeki ni senarnye luas doe, ko kene faham bebetul. contoh la ko dah kawen lama tp xdpt anak. tp kau kaya gilaaaa boleh buat ivf limaploh kali. nampak tak rezeki ko kt mana. sama laaa mcm aku, aku rezeki aku kt lain bukan kt dekan kt pointer sebab tu tak setanding budak rumah saya..diorg rezeki kt dekan kt pointer tp kt lain mungkin x sama mcm saya. sama jugak mcm kwn saya dia GB ok masa poli so x sempat abiskan dia dah tahun akhir tp GB dia x nk buat rayuan, so dia kerja.. dia bayar ptptn diploma dia even x abis lg satu langkah yang terakhir je. tp dia murah rezeki kerja, asal mintak je dpt asal mintak je dpt.. now saya masih harap duit ptptipu tp dia dah g travel dengan duit gaji dia. you see that.

sebenarnya punca semua adalah hati, hati turun ke mulut... mulut tu yang dok compare sana sini. tipu la saya dengan berbekalkan hati manusia yang berbolak balik ni xpernah rasa mcm hermm saya struggle sini dia dah kerja dah enjoy their life dah kawen dah nak kawen and so on what im doing here... ? bila susah final projek rasa mcm why la saya dpt sv tu why saya dpt inovasi another budak sama pa dapat buat questionnaire. ini tidak adil tidak adil bagi ku ini tidak adil tidak adil.. eh nyanyi plak. sebenarnya up entry ni pun sebab nak sedapkan hati sendiri. tambah baca nowadays projek besar banyak tergendala which is involve my sektor yg saya bakal join lepas tamat belajar. how to fight with 20 000 yg diketahui pengalaman besar uruskan projek besar belom lg yg tidak diketahui jumlah yg masih menganggur.? cm ada senior engineer ni tnye how para student engineering dah menyesal belom sambung engineering kerja separuh mati gaji tak separuh mati. so entah beb.... menteri kata kita kekurangan engineer tp bukan kurang cuma takdpt peluang utk ada pengalaman mostly player dalam construction field nie nak kan pengalaman. 10 tahun 5 tahun 100 tahun hahaha so yg fresh and yang belom grad ni takut... haaa ni one of tak percaya rezeki Allah.. hahaha sbb manusia merancang Allah sebaik baik penunai segala perancangan tp kita ni manusia tak lari dari takut. takut. so who ever yg tahu nak hidup dalam positive way tanpa sekelumit rasa negetive do drop your comment here i'll read and appreciate it..blog ni dibuka 18k time tp semua silent reader. haha pemalu mcm saya ke. tp terima kasih sbb sudi baca blog yg x seberapa ini. 

about org keep ckp saya bertuah duduk dengan budak dekan ,like mcm saya tumpang tuah saya ni malang sokmo x bertuah langsung. kalau most people batak dengan tittle like " geng geng maya karin" ouh dia tu geng geng amalina che bakri.. im not that kind of person sbb saya xpernah kesah dgn sapa saya duduk interm of kekayaan dan kepandian. saya duduk saya buat hal saya.. pernah ke nampak kami study saing? tak pun kan... saya tak boleh jd mereka mereka boleh jd saya hahahahaha bodo bila bila masa saje lol. tp saya percaya pada kemampuan saya. orang anggap saya bodo pun biar la.. mcm org ckp "dia tu dlm geng dia dia je yg x dekan tp nak stay ngan dekan.." ouh dalam geng tu dia je biasa biasa lain semua bukan yashe yashe... ni salu bila saya bergaul n org bwg pasal org lain i was like ouh mst selama ni pun org ckp aku mcm ni. lol. nothing impossible. takkan nak ckp dedepan. haha. pastu mcm interm of kecantikan dan popular kan salu saya bawang ngan kwn kwn lain ( 2x5 ) dalam geng dia rasa dia tu biasa je x la cantik sgt mcm yang lain.. lol well nasib geng geng i semua average hahaha xde mcm popular sgt cantik tu cantik tp ada org lain lg cantik hahahahahahaha.. but ofkos dlm semua geng yg saya masuk saya yg paling obes. diorg kurus je.. kurus is gorgeouskan.. even if u mcm mana pun. thats double standard yg i kene hadap selalunya. k well ada je org ckp i muka mcm mamak anggap joke je tp the real is i kecik kecik putih je besar je lasak main panas. pastu now hormone x stabil nak beli produk mahal rasa duit tu utk benda lain lg bagus.. malas pakai sunscreen.  sabau jap aku xkoje lg nnt aku pakai la produk mahal mahal biar putih balik hahaha masa tuu kau diam je tengok je tau. *baca dengan nada riak* 

back to topik. bukan taufiq taufiq tu lain tu mungkin jodoh hahahahahahahahahaa.. gurau je korg jgn nak serius aku xknl mana mana taufiq secara serius dan tidak melibatkan hidup mahupun meninggal dunia pun i just nak ckp topik. krg dahhh salah paham pulekkk. lg satu saya penat serba serbi nak kene explain setiap benda yang saya buat demi menjaga keamanan sejagat. why? why i xleh mcm u guys buat apa u buat guris hati orang because u got some power to do that. why?  faham kan please jangan compare rezeki saya dengan orang sekeliling saya.. sbb saya saya mereke mereka. apa pun dikurniakan saya bersyukur. kita hidup sementara buat la baik dekat semua hidupan mahupun natang dan tumbuhan. mcm saya suka makan kt kedai makcik lawa lawa. saya salu sengkek dalam diam..well bnyk abis kt kereta.. kalau ada duit pun kene anggap xde duit sbb dahulukan duit utk kereta. kene spare. so makan situ even dia mulut suka bahan saya makan sorg tp dia salu bg saya diskaun hahahahahahahhaa. tu yg kita mahu lol. so rezeki saya walaupun allah x tunjuk besar gedebuk cm org lain rezeki saya kecik mcmni saya dah syukur dah atleast xyah bayar sen sen hahaha dari seringgit kalau kene potong 30sen dah xjd seringgit dah..hantar member balik, then singgah makan member bayar makan kita, tu pun rezeki..cuma segala kebaikan dibalas kebaikan jgn la kita biasa kan diri dengan pengharapan lakukan dengan ihklas. other than that between me n Allah saya xnk sentuh. tu rahsia saya. so full entry ni between saya dengan manusia je saya sentuh sbb itu je yg memeningkan kepala.


salam alaik!


td scroll fb jumpa  nampak cikgu english update dinner sekolah tengok budak budak nowadays dress up wauu ttbe teringat memori dinner last sekolah masa form 5. well my mom pass away when i was younger. masa baru nak up la kira 15 tahun tu baru nak kenal erti hidup la sikit.. sikit je la..so masa 17 pun i still tak tahu nak jaga penampilan even until now to be honest ahahaha. mybe i like simple and minimize everything. so masa umur 17 tu i never have handbag... moms handbeg ada tp kulit dah terkeluar mybe dah lama and x jaga plak. and i biasa pakai t-shirt and very simple takde sapa nak guide pakai lawa lawa... so masa tu almost taknak g. pastu my dad la bwk g beli handbag since dinner kan hahahaha kwn kwn semua pinjam handbag mak or memang ada handbag. i was clueless x tahu mcm mana nak beli handbag. since i pakai beg sling yg knit yg muat duit handfon 3310 je masa tu x pernah ada handbag. orang lain make up but i never know about make up masa tu.. just pakai bedak silky white magic face powder tu je. masa tu first fikir is kenapa soo hard jadi perempuan, second why la perempuan tunggal so i grownup mcm sendiri sendiri belajar kalau perihal perempuan nih. 

budak nowadays even takde sapa guide diorg pandai bergaya. so xperlu risau. then masa lepas spm la i start main celak sikit hahaha..start explore macam mana nak dressing tp tak dressing pun just explore je atleast tahu hahaha.. sbb i suka simple. till now pun mmg  saya suka simple. my bro salu ckp euwww bergaya la sikit.. dulu ada la jugak baju fashionable tp lepas dah sedekah all my baju kt lori charity nak topup baju yang lebih matang dan sesuai dengan bangsa agama dan negara hahaha tp tu la no fulus no talk. doakan saya sentiasa dimurahkan rezeki. its not like takde duit tp bnyk lagi keperluan lain selain shopping baju baru. mybe start next year kene ubah penampilan sikit bg nampak matang hahaha but i love t- shirt and paling malas nak iron baju. well dulu rajin iron now malas iron. i dont know but salu org cakap better kita jadi diri sendiri kan dari cuba jadi mcm mana orang ingin kan.  

Saturday, September 29, 2018

give up

salam alaik!




ni minggu ke tiga kuliah. fatehah sebelum start kuliah dah rasa pressure untuk hadapi last semester. serius talk! mampu kah? harini nak bahasakan diri aku. haha. elektif yang aku amek tu elektif yang aku x minat and takde dalam list aku nak rebut. lecturer 50 50 aku was was mcm mana la nnt masa depan pointer aku utk last sem ni. serius takde semangat gilaa. selain usaha diri sendiri yg kene all out aku jugak mengharapkan belas ehsan payung lecturer utk x kedekut markah tak strict sangat tanda paper and boleh runding. 

last sem yes pressure sampai tk boleh bernafas semua gara gara idp n fyp 1. sem ni aku kene hadap fyp2 yang aku tak tau hala tuju fyp 2 aku tu. rasa mcm takde progress takde semangat. serius bingung sampai kesudah. aku rasa mcm takde hati nak teruskn semuanya. tp nak kecewa kan family tu alahaiii. kenapa aku kene wat inovasi. aku mmg dari awal taknak inovasi. entah la nak ckp mcm mana. tp yang penting aku mmg dari awal terumbang ambing perasaan nak teruskan or nak quit. now aku rasa nak quit even lg 5bulann je lg.

org ckp asal lulus fyp je weh. come on semua yg ckp mcm tu tipu belaka. sapa nak weh lulus fyp je lepas penat lelah nangis itu ini. dah la 4jam krdt gila effect ke pointer. nak ke grad pointer teruk? like buang masa doe. dikala org rileks g vacation ada masa utk diri sendiri fatehah hidup dalam keadaan tak tenang sebab fikir fyp. doakan aku weh sapa sapa baca ni. 

Tuesday, September 11, 2018

doa...

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


Saturday, September 8, 2018

last semester!

salam alaik!


lama sungguh saya tak update blog ni kan? sekarang masih lagi cuti semester. berbaki lg tempoh 2 - 3 hari hahaha. yes 2 bulan cuti dah tamat gais. now semester akhir makin menghampiri aiceh. last semester last semester. perasaan? takut. hahaha kenapa takut? gila tak takut , rasa mcm nak hadapi sepanjang 5 bulan last semester tu alahai ketaq. fyp 2 dan subjek2 core lg.

selama cuti dua bulan mmg saya bercuti sungguh. sampai berat naik. dok naik sampai bukan double chin dah dok jd triple chin dah ni. sem lepas sem yang sgt susah utk saya. so saya rasa saya deserve utk berehat 2 bulan sebelum bertarung nyawa untuk semester yang terakhir. skrg ni walaupun masih cuti sem, saya dah pun kt johor ni dari hari isnin and now saya tulis entry ni kt library. sunyi tp best. tetiba rindu 'jiran'. jiran dimaksudkan julie and anis kwn julie. saya selalu stay kt bilik 24jam library ni and sebelah saya biasa julie and anis ni thats why panggil jiran. jiran dua tu dah grad dah settle dan abis dah lega. 

saya balik awal sbb nak uruskan nak pakai makmal utk test sample tanah pastu test produk kajian ni. bnyk borang nak isi itu ini so next week dah boleh start rasanya :) doakan ye sbb nak cepat siap saya nak balik. pastu balik awal ni sebab nak jumpa sv nak bincang pasal feedback viva fyp1. so alhamdulillah dua mission balik awal ni tercapai. esok nak g beli rumput n tanah utk kajian rumput yg akan dipantau 2bulan. bab tu kene beli awal.patut beli masa cuti sem kalau tak dah settle 1 kajian dari 4 kajian. biasa la fatehah kan skrg baru mcm aah kan kenapa tak buat masa cuti masa kt umah. tp tu la khamis ritu baru finalized type rumput ngan sv. saya cuba jumpa dia lepas final tp sv taknak so sbb tu baru jumpa khamis ritu.

sem lepas berakhir dengan baik, which is saya bersyukur dengan apa adanya yang dikurniaNya. viva mmg kene hentam tp more kepada lantak kau la nak bebel kt aku janji aku dah settle viva n settle thesis fyp 1. masa tu nak berkejar buat idp projek sbb tu mcm heartless sgt. result sem lepas? alhamdulillah syukur utk segalanya dpt mcm mana pun xpe asalkan lepas. itu jenis saya. saya xkisah org lebih dari saya ke apa ke janji saya dah settle and tak repeat. bapak saya pun cmtu dia just nak dgr clear ke tak clear. sem lepas banyak dugaan stress nangis dalam kereta sbb stress fyp stress projek subjek lain.. tak tido sakit badan tak makan balik library kul 4 5 pagi... duduk library sampai rasa nak muntah..nangis tak boleh balik walaupun rasa nak sgt balik and fatehah berjaya laluinya yeyyyy hahhaha.  

doakan la saya dapat harungi semester akhir dengan tenang lebih teratur dan dipermudahkan segala urusan. amin ya rab. fikir fikir balik saya nie dah mudah give up ada isi borang tamatkan pengajian masa sem 2 ke 3 tah hahaha tp alhamdulillah tinggal lg 1 sem je. mudah mudahan saya dpt la buat something tuk family saya terutama bpk saya mak saya kan. aiceh. doakan yer guys, thanks semoga allah permudahkan urusan kalian juga amin..

Sunday, May 13, 2018

dear heartbeat

salam alaik!


dear heartbeat,


now tehah dah 25 tahun, mak tinggal tehah masa 15 tahun which is dah 10 tahun dah kan. now tehah tengah sambung degree, degree pretty hard. bangga tak bangga tak? bangga la sikit haha sebab tehah dah paras-paras hidung dah ni. sekarang tehah dah tahun akhir. tiap tahun tehah give up kahkahkah. tp entah kenapa tehah nak teruskan jugak. tp kan sekarang tehah dah memang give up. tah2 kalu mak ada mesti mak bising ni apa la dia nie dok tak abis-abis kata nak berenti an. ouh ya tehah dulu belajar kt poli mulanya pastu abis terus masuk degree kt u___ hahaha tehah xleh mention nnt diketahuin.

mak tehah kkdg rasa xde apa dalam hidup tehah. tehah ada kenangan dengan mak je. life kami lepas mak pergi ok2 saja tp tiap mende semua buat mesti igt mak. umah tehah kemas sapu tapi tehah xpernah ubah kedudukan perabut. sebab nak kekal kan sentuhan mak. tehah suka balik ipoh sebab situ ada kenangan kita, tp tehah x boleh balik kg terlalu lama sebab situ ada kenangan kita semua yang sangat banyak.

tehah penat kkdg belajar niee tp tu la tehah try la. bila stress kene pujuk diri sendiri.. bila happy raikan sendiri everything sendiri at first i cant lama2 it's ok i get used with that. so di kesempatan hari ibu nie, kita tak pernah celebrate dulu tp mak tau kan tehah syggg gila ngan mak. hari2 hari mak. selagi tehah bernafas tu mean mak ada. sebab mak kan heart beat tehah. kan selalu tehah tulis my dear heartbeat. haha org igt boyfriend padahal tu mak. hahaha kita sweet ngan mak je x sweet ngan org lain.

kkdg tehah rasa tehah nak pergi kt mak cecepat tp tehah x baik mcm mak. mak org baik sbb tu Allah amek cepat. nanti tehah try la buat yang terbaik selagi tehah hidup nie. atleast tehah ade tehah. cuma one day kalau tehah give up please faham tehah and ckp tehah dah bagus.. tehah okey.. tehah dah wat yang terbaik. its okey u already nailed it. ok?

Saturday, April 28, 2018

jawapan

salam  alaik !



macam mana minggu nie? masih takde mood. saya rasa fyp saya bakal hancur dah siap dah bab 3 ritu dah tunjuk kt lecturer saya tp nya bnyk benda yang saya kene betulkan. hahahahha sedih. saya pening and tak tahu apa sebenarnya lecturer saya nak. banyak nya saya yang kene fikir sendiri tp bila tunjuk dia , ade je dia x setuju. dah tu apa yg dr. nak hahahahahahhahahahahahahahah bila tnye dia suruh saya fikir sendiri. so saya dah tak tau nak fikir apa kahkah. So semoga mood and semangat saya datang balik. sian kt bapak saya kene pujuk saya hahahahahha. sebab nya g jumpa sv isnin ptg. selasa rabu khamis jumaat sebok ngulang bp mall sedih punya pasal. bawak hati pusing merata. kalau dekat umah dah balik dah sekarang.

berbalik pada tajuk. untuk previous post saya ade cakap saya cuba untuk lupakan segala2nya i mean untuk stop everything yg melibatkan hati yang melagho kan. dalam post sebelum tu pon saya ade cakap and konfius actually boleh ke crush. ade kalau nak baca rujuk la post sebelum2 ni. so smlm saya pergi ceramah imam muda hassan and ustaz sharir. tajuk dia very interesting crush couple clash. selain sebab memenuhi tuntutan asgnmnt jugak tp alang2 tajuk tu cam best boleh la kan.  kira interesting la untuk jiwa muda belia mcm saya.

apa yang saya cakap sebelum nie saya dah buat, iaitu saya dah delete semua nombor kawan lelaki dari fon saya. delete for good. one of cara untuk saya get rid perasaan ke apa ke stalk ke thats why x simpan. crush? slowly takde perasaan crush tu crush lepas2 ada la buat modal bergurau ngan member. tp tu gurauan je just mcm ungkit balik crush2 lepas kah. mungkin la hati akan terdetik jugak untuk suka kan org crush pada orang... benda nie susah tp saya akan cepat2 buang

saya sebenarnya nak life saya free dari perasaan bodoh and perasaan yang mengganggu kan. thats why saya delete number lelaki semua sekali. susah nnt kete rosak ke apa ke x boleh wassap bob its ok nnt ada la bentuk bantuan lain Allah turun kan. mcm la bila nak mintak tolong je ngeletis nak mintak kt kawan lelaki je kan.. tp mmg itu hakikat kawan lelaki lebih mudah beri bantuan berbanding kwn sesama jantina ngan kita more to dengki berkira tp mybe dalam tu 1% ade yang boleh membantu kita. yes saya pergi library. and ada kawan lelaki akan duduk kt meja sebelah. tp bukan 1 meja dan dia kawan semata2. sebab gossip pasal nie cm nak mula.. come on saya masa dulu2 pun tak dating. apatah skrg nak date terang terangan ke? no.

mcm ustaz cakap la benda nie perasaaan nie susah dia naturally. jgn terlalu layan so nnt hilang sendiri. nak buat kita tak crush2 istifar selalu.. busy kan diri dengan aktiviti. saya dah banyak kali dah kalau solat hajat ke solat taubat ke salu doa supaya mudah mudahan Allah tarik jap nafsu and perasaan saya pada berlainan jantina nie wat sementara waktu and hadirkan balik nafsu and perasaan bila masa tu bebetul tiba. saya tak perlu explain lanjut kenapa tp nie between saya dengan Allah apa jua benda saya buat itu hal saya dengan Allah.

cuma bila saya buat mcm nie delete number, saya dpt rasa kan bagus jugak saya xperlu tgok story kwn lelaki yg ttbe keluar kt ws saya. saya xperlu stalk org yg saya suka tgok dia online ke tak... tgok gamba ws dia ke.. tengok status dia ke... benda tu cm ringan sikit dosa and ringan sikit kepala bila kita stop fikir kan orng lain yang tak tahu pun kita suka dia. lg 1 ustaz ckp crush ni ibarat kita syok sendiri. yes saya dah rasa benda tu and benda yang paling memalukan dalam hidup saya sebab saya rasa desperate buat saya nampak syok sendiri end up mamat tu cuba rapat ngan kwn saya yang lain and end up kawen pulak ngan org lain. saya rasa kes tu benda yang memalukan dan buat saya jd someone bukan diri saya. kwn2 rapat yang kenal saya tahu saya bukan jenis galak n jenis terkejar2 lelaki tp untuk crush yang nie lain pulak mybe kwn2 mengusik tu jd lain. dah benda dah lepas tp kes nie bebetul pengajaran la untuk saya.


so lepas beberapa episod terluka jugak la punca saya amek inisiatif untuk slowly delete and buang perasaan pada berlainan jantina. mmg susah kkdg terkandas benda yang saya boleh buat ialah remind diri ckp kt diri "tehah igt kes yang lepas tehah....tehah setiap kebaikan dari mereka tu jgn la buat hati kita berbunga benda tu tk patut wujud.... tehah kalau diorang lain mcm pun bukan untuk ko tp untuk someone yg diorg suka so diorg being nice to you just because you kwn kt org yang diorg suka.... tehah sedar diri you ngan dia ibarat potato......tehah dorang baik ngan ko bukan nya suka ko tp being nice to you je..." hahah nie kata2 yg menyakitkan pada diri sendiri untuk sedarkan diri sendiri. kalau kata2 baik pulak " tehah untuk dpt lelaki yang baik u kene stop mcm sekarang..untuk dpt lelaki yang jaga hati dia untuk u u kene stop skrg2 stop contact lelaki.. delete semua...tehah untuk dpt lelaki yan g baik u kene berubah jd baik dulu"

saya cuba nak istiqomah balik... masa 2015 awal2 tu saya dah okey tp lepas masuk sini.. abis hilang terus jd x istiqomah dengan apa2 yang saya buat. ish tehah2...lg 1 anggap je la selama nie terjadi semua nie lelaki2 nie tak layak utk aku..aku layak utk dpt lg baik dari mereka kahkah.


kira smlm saya dpt dua jwpn lg 1 jwpn saya dah konfem and dan mmg agak selama nie yang selalu2 tu bukan pada saya tp pada orang lain. sebabnya biar saya je tahu.thanks to that person atleast i tahu apa yg i patut tahu.


Wednesday, March 28, 2018

konfius kadang kadang

salam alaik!


previous post,  saya ade ckp pasal konfius tu kan. saya akan cuba untuk tak crush2 pada org insyaaallah. nak laksana tu mudah, nak istiqomah tu susah. bak kata ustazah intan haritu.. tentang fatimah azzahra.. dimana fatimah terlalu malu dan terlalu tunduk pandangan dia dengan lelaki sampai nak jalan sebelah pun dia xnk dia nyorok sebab x nak pandang atau dipandang. ttbe rasa diri nie ya allah mata dok look around je atas tiket takde pakwe. hahahaha. nakal tau. pastu dok crush2. entah bnyk kali dah saya berazam taknak crush2 tp entah kenapa dok jugak crush. hati ni hati. hahaha. dan saya dah buat keputusan xnk jumpa sapa2 yang saya nak jumpa semasa 14.4 nnt. tp kalau ditakdirkan terserempak saya nak buat mcm mana kan.  

saya tau saya akan hangat2 tahi ayam tp entah just saya rasa if saya suka org pun mcm la org yg saya suka tu suka saya. ofkos org tu akan suka someone yg pandai, cantik, ramping, mudah bergaul dan mesra dari saya yang xdalam golongan genius..biasa2 je.. tak cantik mcm seeetengah orang, tak ramping tak mudah gaul dan tidak mesra.. sombong je. well arwah aizat said that saya sombong hahaha. saya terlepas someone yg ikhlas nak berkawan dengan saya.. Allah sayang dia lebih dari manusia mcm kita semua.. ofkos tak mcm saya sbb saya x bg good feedback kt dia .sombong dan x mesra kan.

fokus saja pada binatang peliharaan travel around the world bahagiakan family sendiri and diri sendiri. tp kalau nak crush juga hahhaha saya saya 😂😂😂😂