Sunday, August 12, 2012

asal tak rasa...

assalam

ramadhan dah nk berakhir.... org kata time bulan puasa roh balik rumah... ramadhan nk berakhir roh pon mst nk balik tmpat asalkan...so my mom pon mesti dah nak balik sana balik... diorg nmpak kita tp kita tak nampakkan. kalau nmpak hilang sikit rindu 5 tahun....

okey serius xde masa sgt nk prepare for raya... busy kls assgnmnt..then balik penat...beli baju raya pon belom...sedeyh...... act xde feel pon nk raya.... orang pasang lagu raya sedeyh la jugak... tp tahan je.... sedeyh sbb lirik huhuhu tp feel nk raya xde...acano uh?*ayat cinodd hahaha*

saya suppose busy cam mak2 laen ynag busy prepare for raya... hurmmm tp nk buat camner tuntutan sebagai pelaja.... asal x cuti awal??? hurmm lect xtau ke certain pelajar x cam nasib pelajar laen balik rumah just beli baju raya n tggu hari raya tuk celebrate... saya taak camtu...nnt raya saya laaa yang paling busy.... mlm raya org tido awal n berkobar2 tuk esok, saya mlm raya tido paling lmbt...esok bangun still tak hilang penat. saya nk cuti awal supaya well prepared ......hurmmmmmm mungkin akan amek cuti sendiri nnt...terpakse.....bukan sengaja...

Sunday, August 5, 2012

renungan bersama

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.
copy dari blog cik sepet
cik sepet copy dari fatin liyana

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

****************************************************************************************************************************************

okey la saya copy nie bukan apa tuk renungan diri sendiri n kawan2. ape yang saya tgk bebudak skrg mmg dah ramai kawen awal..itu bagus... sbb tgk laki diorg pon cam boleh membimbing... tp ade jugak diantara kawan saya yg seolah2 desperate nk berpasangan... dah tu x cari yang betul2 boleh membimbing... sbb bnde nie bukan boleh di bawak maen...
tp kita kne fikir, kita nie dah sedia ke dari segi mentaliti, zahir n batin? n saya pun lately penyakit hati melanda diri *tp xde fikir pasal kawen* so bnde nie ade bagus renungan kita bersama

Wednesday, August 1, 2012

maybe.....


assalam....


maybe what my frenz said were true... but im kept denied it.... so i think....
for whoever... kalau la kau tahu... you are my everything ok <3




*pause music kat bawah*