Tuesday, December 12, 2017

pendosa

salam alaik.



harini dari pukul 3 lebih dah jaga sebab tak boleh tido. hahahaha. so cm mana ngan saya? saya ok je biasa la on off sehat jap sakit jap sehat. masih dalam proses mencari bilik sewa... tgh look around yes hati tak tally dengan perlakuan tetapi itu yang kita perlu lakukan kalau dah parah mcm ni. doakan semoga ada sinar bilik sewa memancar2 kt saya.

pendosa uish berat tajuk ni. nak tulis tajuk bab2 agama ni berat. hahahaha sebabnya saya tak suka untuk tulis hal2 between saya dan Allah tp ada benda yg saya nak luahkan hahahahaha tajuk asal aku pendosa. yela pendosa la tak pernah lari dari kesilapan. hari2 buat silap. hari2 buat dosa. actually untuk bertaubat tu mudah tp untuk kekal kan diri dalam keadaan taubat. which mean istiqomah utk tidak melakukan kesalahan yang sama tu yg susah. betul tak? sebab kita bukan maksum mcm nabi tuk tidak melakukan dosa.  

sejak saya its not berubah , sejak saya memilih untuk menjadi seorg yg lebih baik back in few years ago bukan la berubah or terima hidayah ke apa ke.. saya taknak ulas hal ni. hari2 kita cuba to be better and better kan? sejak dari hari baru saya time tu.. hahahaha hari baru la senang. saya cuba perbaiki diri... dari seorang free hair saya cuba latih diri pakai tudung and so on and betul kan apa patut betul. since itu saya latih diri saya utk solat taubat sentiasa. sebab saya pendosa.. even tak boleh buat hari2 which is biasa la penyakit jin malas. tp saya akan buat every month... masa saya pergi pondok dulu utk kuliah dhuha, ustaz abdullah khairi pernah ckp kita ni jgn rasa kita x buat dosa.. buat la solat taubat zikir la mintak la ampun dengan Allah sentiasa... sebab jgn kita igt setiap permintaan keampunan kita tu Allah ampun. time ni rasa seriau sedih semua ada. sebab kita x boleh selesa.. dah buat solat taubat sekali wah kain aku dah putih. no. belum tentu Allah terima taubat kita. tah berpuluh kali kita buat tapi sampai mati Allah tak terima taubat kita so kita tak tau.

kkdg kita manusia mudah perasan. bila dah mintak ampun, solat taubat or istighfar kita perasan igt Allah ampun dah dosa dosa kita. lepas tu kita buat dosa balik. ustaz ckp dlu kita kene selalu rasa kita berdosa.. Allah belum ampun lg kita.. so kita akan sentiasa mintak ampun tu ustaz ckp. ujian utk org bertaubat ialah istiqomah. istiqomah tidak melakukan kesalahan yg sama. aku antara yg selalu kalah. kkdg sedih kenapa hati tak kuat untuk tidak melakukan kesalahan berbalik kepada iman kene tingkat kan kene kuat kan iman kita. hahaha pernah la beberapa kali menangis sebab asyik buat kesalahan yang sama. semoga lepas ni lebih istiqomah.  kuat kan hati yg tak berapa kuat utk lawan hasutan syaitan. semoga saya berjaya lawan hasutan syaitan hahaha. sebab selalu harapan tinggal harapan. 

bila bergaduh hahahahahaha ei sensitif la nak ckp. hahaha ok la pernah tak dgr kisah orang ni bergaduh pastu nabi mintak dia solat taubat. entah la aku dgr masa ceramah. hahahahaha so kenapa dia kene solat taubat sebab dia di suruh solat taubat. sebab dalam pergaduhan tak semestinya dia betul dia x buat silap. solat taubat renung2 kan kesalahan dia buat... mintak maaf pada Allah.. tu yg aku dgr la. kalau salah maaf yer.  hahahaha. so bila saya bergaduh dengan budak rumah saya buat ke tak? hahahaha itu between saya n Allah tp hahaha kita pon xnk benda tu jadi.. saya ade salah saya... saya kene mintak ampun kt Allah.  kat sini saya nak ckp even tak semesti even kita bergaduh orang cari pasal kita x berdosa. kita pun berdosa. untuk dosa2 yang kita lakukan tu kita kene mintak ampun. solat taubat ni mcm medium kita cara kita mintak ampun je. sebab tu ia mudah tp utk kekal dalam keadaan bertaubat tu yang susah. 

untuk itu, saya x layak untuk berkata2 perihal ini taubat ada pelbagai cara.. ada org belum rasa berdosa belum rasa perlu... tp saya rasa perlu sebab saya pendosa. setiap saat saya rasa saya berdosa.. saya buat silap. semoga Allah terima taubat saya.. ampun dosa saya. dan semoga Allah terima doa saya.. untuk kalian 17k++ pembaca blog saya, semoga Allah ampun kan dosa kalian dan permudahkan urusan kalian. terima kasih sebab suka bukak blog saya hahaha padahal xde apa pun tp dibuka so harini semoga post ini tidak melagha kan kalian hahahaha. untuk yg lainnya saya x boleh tulis lelebih.

Monday, October 23, 2017

nauzubillah

assalamualaikum semua,



tak lama dari saya update pasal midsem skrg ni dah kembali masuk ke part 2 semester 5. naik sem je kemain banyak test kene hadap. saya kan stress lepas tu dari before test rc lagi dah stress so asyik sakit kepala je balik umah ritu potong rambut bagi pendek boleh panggil ahmad la skrg hahahahahahahaha. k gurau.  memang pendek tp lega sebab rasa ringan gilaa kepala. kena la ngan saya yang suka pening kepala ni kan.. tp tu la kepala still pening gak asyik makan panadol je. tak baik2.. 

so semalam, saya pergi klinik sebab dah tak tahan sgt sakit dia. pastu dapat la MC sehari. tp mcm tak berbaloi sgt sebab saya kelas seketul je untuk ahad. rasa sakit kepala tu serba tak kena. dr. suruh rest banyak, minum air masak bnyk and cek mata if rabun. mmg rabun pun tp tu la dia ada cakap kalau tak baik harini suruh g cek darah sebab takut anemia, telesmia or lukemia. hahahhaha over nau dr. ni so dia buat saya takut. harini alhamdulillah sakit kepala tu ada cuma sikit je.. mybe sbb ubat mkn sekali je smlm. 

rentetan dari itu , eh betul ke eja? hahhahha biar la... soo saya decide nak start try makan supplement mybe pharmaton and vitamin  c. untuk kesihatan diri sendiri sbb taknak la muda2 sakit dah la tak sempat berjasa krg dah kene menyusahkan orang plak. nauzubillah dari semua yg tak baik. no no no. sekarang ni saya cuba nak hidup positif dan amal hidup sehat. try buat low carbs diet celup2 pi la janji kita jaga.. cuba x amek junk food. saya ni junk food keropok mamee monster tu mmg fav. lucky la jugak x suka minum air gas or manis2.. and x suka gula2. cuma bende merepek so far saya suka kfc mekdi keropok  mamee monster hahahaha. kfc lama dah xmakan... mekdi ada la ritu beli ayam hahahahahahhahaha.... mamee ni mcm kkdg sentiasa ade dalam kereta. sbb saya jarang ada proper lunch dinner or breakfast so mamee ni mcm utk kunyah2 bila dah lapar tahap ayam.

sekarang saya pun cm susah hati kkdg tu.. bapak saya dah tua, dah pencen.... saya risau gak ngan kesihatan dia.. sebab saya tau pasal condition jantung dia x okey.. which is make me sad and feel guilty. saya tak nak apa2 jadi kt bapak saya.... dia dok risaukan saya belajar jauh2 drive jauh2 sorg2... ade problem kt johor.. like kwn2 kereta rosak and dia jauh xboleh tolong.. bila fikir balik menyesal pi citer. yela saya ni x semua saya citer kalau saya rasa terganggu sangat2 baru saya citer and tanpa mengetahui kondisi kesihatannya. saya rasa saya selfish sebab buat mcm tu. but he never shared or tell about his health selalunya. then kalau mc just ckp sabariah bg mc sebab bpk saja mintak sbb penat. tak suka la sorok2 mcm tu. tp that a father always does kan. sebab semua ni pon opah yang cerita. huhuhu biasala kan opah mana pernah simpan rahsia. tp bagus sebab kami anak2 perlu tahu, sebab kami selalu selfish selalu anggap bapak kami sehat sentiasa so x berat sgt pasal kesihatan dia.

tau tak saya tak pernah ready untuk kehilangan yang lain, cukup la episode duka dalam life saya. saya tak nak apa2 berlaku lagi. saya tak pernah ready. tamak? entah saya tau semua akan kembali pada maha pencipta tp saya belum ready lagi. saya dah xde mak, saya taknak dari yatim jadi yatim piatu. nauzubillahiminzalik. mak saya tak sempat untuk tengok and rasa apa2.. buat saya rasa sedih so saya taknak benda ni jadi lagi sekali. so kepada semua yang baca post saya ni mari sama2 doakan yg terbaik untuk saya, untuk bapak saya semoga sembuhkan kami dari sebarang penyakit. jasa kalian yang mendoakan hanya Allah yang mampu balas, insyaAllah saya sentiasa doakan kalian pun diberi kesihatan yang baik dan jauh dari segala penyakit. sekian untuk harini :)

Friday, September 29, 2017

rindu

assalamualaikum 


hai 27 sept yang lalu genap saya berusia 18 eh eh 24 tahun. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... sepanjang 24 tahun hidup sehat walafiat. insyaAllah. masih diberi peluang perbaiki diri. masih bernafas menikmati nikmatNya. pencapaian 24 tahun hidup? entah la upsr pmr spm done hahaha diploma in civil engineering pun done. sekarang tengah upgrade education ke peringkat ijazah sarjana muda. ada baki setahun lagi. doakan saya deh.

biasanya memang saya tak celebrate besday. sebab tak menjadi keperluan untuk saya. sambut boleh tak sambut boleh. saya akan appreciate sapa yang wish and sapa yang celebrate. namun begitu  saya berharap mereka faham kenapa saya tak boleh terlalu happy di tarikh saya dilahirkan. setiap tahun akan begini. tarikh yang sepatut saya happy tp saya susah payah kontrol perasaan saya... untuk terus rasa nyaman.  saya akan rasa lega bila ada orang wish tp saya masih sangsi sama ada saya perlu mcm mana. 

apa yang saya rasa sebenarnya? saya rasa happy tp saya rasa sedih dalam masa yang sama sebab terkenang kan apa yang berlaku beberapa tahun dulu. memang takkan pernah berubah setiap tahun memang akan macam ni. tp untuk tempoh tertentu je. and biar mcm ni sebab nanti saya akan okey dengan sendiri. setiap tahun apa yang saya rasa, saya rasa berat hati.. sebak.. rasa susah nak bernafas rasa kenapa mesti ingat semua nya. rasa kenapa masih tak lupa. setiap nya yang berlaku pada tarikh tu masa tu saya igt. dan itu sangat menyakitkan. untuk saya ada tarikh tertentu.. 27 dan 28 sept. dan 28 ramadhan.

saya sentiasa ingat apa yang terjadi 28.9.2008 dulu. mak pergi pagi tu 11.25 a.m segala2 tehah ingat. tak pernah lupa langsung. one day tehah nak citer kt mak apa yang jadi sepanjang lepas mak takda. kita boleh borak sepanjang panjang nya masih menaruh kalau ada peluang sekali kita jumpa tehah akan cerita semuanya... macam mana tehah terseksa hidup tanpa mak. kadang-kadang tehah rasa marah sebab mak tinggalkan tehah and tehah kene lalui semua ni. tapi kalau mak ada mesti mak taknak tengok tehah sedih.  tapi kita tak banyak moment lagi.. mak tak tengok tehah pmr. spm. masuk universiti.. tak tengok tehah konvo.. kita tak sempat nak pergi mana2 sama2.. naik kereta selepas tehah ada lesen. tak sempat nak bye2 tehah kt stesen bas bila tehah nak balik johor.  tak sempat nak g bercerita kt kwn2 mak anak mak ni tgh degree nnt nak jadi engineer. tak ada disisi bila tehah nak citer belajar engineering ni susah. hahaha takde disisi bila tehah nak ngadu kene tipu dengan pomen. tak sempat nak rasa masakan tehah yang sedap gila hahaha... tak caya tanya ayid. tak sia sia mak membebel dulu jerit2 ajar tehah memasak masa mak sakit. tp tehah silap masa tu lupa nak salin resepi2 tu. sebab tehah ingat kita boleh masak sama2 sampai sekarang. and tehah ingat mak boleh ajar tehah masak lagi sebelum tehah kawen. hahaha dont worry taknak kawen pun. and paling penting kalau mak ada skrg nie hidup kita akan sama mcm dulu takkan pernah berubah.. takkan . 

orang kata nanti kt sana kita akan jumpa balik pasangan kita yang terakhir sebelum kita pergi. tehah tau mak mesti sedih sebab takkan jumpa balik pasangan mak nanti sebab pasangan mak akan jumpa orang lain nnt. tp mak ada tehah. kita akan jumpa dan itu dah cukup. masa malam kita borak2 sebelum mak kt icu mak ada pesan untuk tehah jaga bapak baik-baik.. kawan n geng ngan bapak. tehah dah buat sebaik mungkin, tapi tehah tak boleh lawan takdir Allah untuk hal2 yang lain. malam tu mak pesan suh belajar rajin2.. jadi doktor. ish anak mak ni benak. memang la masa pmr sains dapat A tp dah start masuk science stream tehah xboleh blaa so kita jadi engineer ok dah kot kan mak? nak abis kan ini pun susah mak. kadang3 tehah takot tak mampu tp tehah buat ni semua untuk mak. 

mak suruh berkawan dengan lelaki yang baik mcm kwn ayid kt izudin kan? hahahahahahahaa diorg bila dah besar lain perangainya mak. tambah2 anak mak tu ha.. dh mcm jelmaan setan dah sekarang. tehah dah pun buat keputusan untuk tak berkawen. tehah rasa tenang dengan keadaan tu. tp kalau ade mak sekarang nie mesti marah kan kalau dpt tau  tehah taknak kawen. hahahaha.... mcm mna tehah nak kawen kalau mak takde... dulu mak pernah nangis sebab rasa macam mak menyusahkan tehah kan mak? mak sebenarnya tak patut cakap mcm tu sebab sampai sekarang tehah igt hal ni. sepanjang tehah kt hospital tehah tak rasa mcm menyusahkan pun.. tehah rasa lega sebab tehah sentiasa ada dekat dengan mak. rugi ayid and maman tak boleh sentiasa ada dengan mak. tp tehah boleh :) 

mak benda yang tehah rasa tehah rugi dulu, tehah tak pernah tunjuk apa yang tehah rasa.. misalnya tehah tak pernah ckp tehah sayang mak. hahah benda tu macam memalukan. tp tehah rasa mak tau kan.. tehah sentiasa sayang mak. rindu? dulu kita jumpa hari2 and masih mentah tak tau la rindu ke tak. tp masa mak pergi haji ngan bapak dulu hari2 tehah rindu. and sekarang ni tehah rindu... rindu sangat. rindu yang tak terluah. masa mak pergi haji tu hahaha masa tunggu mak kt airport dh nmpak dah mak ngan bapak jalan keluar dari pintu tu hahaha tp tehah lari dulu jap sebab nak g nangis ahahahahahahahahah. well masa tu tak expect pun nak acah2 mcm dalam tv org sambut family kt airport pun nangis. 

kita cipta kenangan yang kadang2 dulu kita takpernah pun ingat tu kenangan kita. benda yang akan kita kenang. misalnya, kita selalu share payung bila keluar dari umah che amah bila kita g bergossip kt umah cik amah masa hujan. and kita akan berpelukan gelak2 bawah satu payung jalan balik ke rumah. mak pernah ke fikir benda tu akan jadi satu kenangan untuk kita? tehah pun tak terfikir masa tu tp tehah terfikir sekarang.  sekarang mak dah pun jumpa abg mak, maktok and wan kt sana. satu keluarga dah bergabung semula. tp mak tinggalkan kami kt sini yang ditemani kenangan. semua yang terjadi ada hikmahnya.. semoga mak dan yang lain2 bahagia kt sana, 1 masa nanti kami akan menyusul.. muka tak malu ni teringin syurga Allah. nanti kita masuk sana semua 1 keluarga ye mak. tehah sentiasa doa Allah ampun kan dosa kita semua.. masukkan kita ke tamanNya.. jauhkan kita dari nerakaNya. mak, tehah rindu and sayang mak 




Saturday, June 10, 2017

just a though

as-salam everyone


saya masih di sini di library sambil study highwaay. yes upcoming exam very stressful sebab bersusun bermula esok #prayfortehah hahaha saya pun nak kata recover dah dari segi mentally tak jugak tp okey la saya guna konsep redha.. walau apa pun paper2 yg lagi 4 ni kne buat yang terbaik. kata nak jaga pointer kan? 

lately ni ramai kan insan2 pergi tinggal kan dunia yg penuh pancaroba ni kan? semalam kita dikejutkan dengan pemergian shea harini jupe sebelum tu syahid. semoga Allah cucuri rahmat keatas mereka semua. mereka semua meninggal di sebabkan oleh cancer. mereka tahu jangka hayat mereka mereka sempat untuk bertaubat dan buat amalan lain dan mereka meninggal di bulan yang baik di hari yang baik misalnya utk arwah shea. apa amalan mereka2 ni mcm jupe yang orang selalu kata dia jahat dia itu dia ini tp dia meninggal di bulan yang baik berkesempatan untuk bertaubat untuk tambah amalan sebab mereka tahu jangka hayat mereka.

saya bercakap tentang diri saya sendiri. saya ni tak tahu masih wondering berapa lama tempoh pinjaman untuk merasa hidup atas muka bumi ni. cukup ke amalan saya.. taubat2 sebelum ni dah diterima Allah ke belum. saya sangat cemburu bila ada insan pergi dibulan yang baik dan di hari yang baik.. saya sgt cemburu insan yang pergi sebelum baligh yang masih kecil. saya sgt cemburu orang yang senang2 pergi tanpa tersiksa. mcm arwah mak saya mak saya pergi tinggalkan kami di sepuluh terakhir ramadhan iaitu 2 hari sebelum raya.

saya kkdg2 terfikir kalau saya pergi nnt ada ke orang mendoakan saya. orang yang saya dah buat silap diorg2 nie ampun tak dosa saya pada diorg.. mcmm mana pengakhiran saya nanti.. dipermudahkan ke disusahkan ke tp harapnya nnt bila saya pergi saya teringin pergi di hari yang mulia di bulan mulia..saya harap proses2nya mudah dan tidak menyusahkan orang. dan saya pergi dalam keadaan Allah menjaga aib saya.. Allah ampunkan dosa saya.. kawan2 orang2 yang saya pernah berdosa ampun kan dosa saya.. Allah terima amalan dan taubat saya. tinggi impian. 

semoga Allah sentiasa ampun kaan dosa saya.. terima amalan tak seberapa saya. dan kawan2 orang2 lain maafkan saya. segala kesalahan saya. ameen ya rabbal al-amin

bukan rezeki. kenapa bukan kau?

assalam

hai long time no see. its been a while since the last update kan? agak busy dengan life. sekaranag ni tengah exam final. but saya update blog masa final eventho selalu nya saya tak update blog masa final, usually during sem break saya rajin up kan. well kene la kan this blog was created to express the words that kita rasa sesuai untuk hanya diluahkan dengan medium ini.

sem ni saya agak terkucil i mean dari segala segi its not turn good... turn to what i want tp saya percaya semua ni mesti ada hikmah. Allah nak tunjuk sesuatu atau menyedarkan sesuatu atas sesuatu? sem ni saya agak pressure bila orang keep compare between  me and others.

hari ni saya nak cakap pasal rezeki. ada la beberapa benda yang buat saya rasa mcm pressure lately nie. tapi saya malas nak ulas lanjut. okey la rezeki ni kita faham bukan ? rezeki ni dari Allah. Allah pun nak bagi rezeki ofkos nak tengok usaha dari hambaNya.kadang kadang kau dah usaha, usaha kemain kuat tp kau masih ditakuk lama. kadang kadang 0raang tuii sikit je ttbe rezeki datang bergolek without usaha yang setimpal. tu nama dia rezeki. kau nak mempersoalkan ke rezeki kau n rezeki orang? kenapa tidak kau? sebab belum tiba masanya kau dikurniakan nikmat rezeki macam orang lain dapat. bila orang dok membezakan rezeki saya dan rezeki orang keliling saya kenapa saya tak mcm yang lain? kenapa kau tak dekan mcm housemate kau? kenapa kau tak dapat markah tinggi mcm housemate kau contoh nya, tu nama nya belum rezeki saya. contoh saya stay library mcm orang gilaa study hard push diri what so ever. kenapa tak dapat rezeki yang setimpal dengan usaha? kerana itu bukan rezeki. lain orang lain kelebihannya wahaii muslimin muslimat. hahahhaah macam tazkirah bulan puasa pula. 

saya penat sebenarnya bila selalu diaju soalan begitu atau dibuat bahan gurau sebegitu kadang kala buat saya rasa? ha'ah kan kenapa aku tak sepandai budak2 rumah yang sememangnya budak dekan. kenapa? well lain orang lain otaknya kalau otak saya selalunya otak kelaut hahahahaha kalau mereka otak buku kenapa people keep compare ? kadang2 sama jugak kita melihat hidup orang lain, kehidupan orang lain bahagiaaa. orang tu waw kaya... perangai mcm haram tp uishh kaya murahnya rezeki dia.. eh dia tak solat tp asal dia senang je dapat... dapat biasiswa dapat itu dpt ini cantik kaya pandai and so on. pastu mula setan hasut kau ni solat tunggang terbalik tp cmni je jugak tengok orang tu perangai mcm hantu tp perjalanan hidup mudah je.

berbalik kepada rezeki kalau orang tu pandai kita tak pandai mcm orang tu, kita ada kelebihan lain. kita pandai tp lambat. mungkin skrg tak pandai ttbe esok lusa Allah nak bg kita ttbe mcm Albert Einstein bole je jadi. kita tak cantik muka mcm dayang senandung try mcm2 produk nak jd cantik tp muka still macam jalan raya, sebab bukan rezeki kita lg utk nmpk keberkesanan produk2.. mungkin Allah nak kita bersyukur dengan muka yg dah diberi pada asalnya tp sebab tamak nak lg lg lg cantik Dia bg ujian. kerja bagai nak mati tp akaun kering asal lambat sangat nak kaya nih asal dia tuh  g clubbing tp mampu pakai ferrari aku g masjid mampu pakai myvi je. bg saya dua2 ni ada lah bentuk ujian. Allah taknak kau riak DIA tgok kau ni spesis bila bg senang ni tkot japg terus jd bongkak. sbb tu belom lg rezeki kau. org tu g clubbing tp kaya naw2.. tu pun ujian utk dia.. mcm mana dia guna kekayaan dia. kahkahkah islamic sikit post norfatehah harini sempena bulan barokoh hahahahaha... ok sama la dekan. tgok mangkuk ni bukan boleh diberi rezeki dekan baru dekan ngam2 3.5 japg rasa mcm dunia ini ana yg punyaa. so hold dlu biar dia lalui mcm2 dlu takpun biar dia x dekan tgok dia bersyukur tak ngan rezki dia. tu contoh. kaworang dok compare aku ngan org2 lain korg igt aku nie apa derr. hhahahaa

sejujurnya saya bersyukur apa adanya.. saya rasa saya much better dari dlu.. dulu masa poli alahaii so kalau nak compare diri baik compare diri yg dulu ngan skrg tgok ade perubahan tak dari dok compare diri ngan org. tp yes tipu la kalau saya cakap saya tak terfikir sbb nya kkdg org ni bercakap main lepas cenggitu je igt tittew takde hati hahaha cian hati tittew. saya tahu sapa saya, tahap saya, bila dah dpt kkdg pointer hampir2 dekan pun Alhamdulillah.. mmg tak tipu kkdg setan jugak bila sebelum result dok berdoa la moga2 dpt lulus.. mintak kekal 3 above pun okey dah.. tp bila result keluar misal nya result 3.4 someting ha mula la setan dtg hasut laa 3.4 je alaa asal la 3.4 alang2 lg sikit je nak 3.5 aduhhh tak dekan... hahahaha baru je mintak doa nak 3 lebih je n lulus bila Allah bg lebih sikit eh nak lebih lg. mungkin sebab tu Allah pun hold dlu biar dia ni belajar sikit bersyukur. aku kasi betis kau nak peha. ni perumpamaan. 

manusia ni pun satu, asal eh suka pandang rendah kat orang? bila kita nak pandang rendah kt orng tu kita tengok balik diri kita, kita nie perfect sgt keeee.. saya selalu je kena haha tp saya buat bodo je, eh mungkin ada maki beliau2 dalam tuwiderr tp  hahaha biasalah darah panas, hidup pula di era hipstur hahaha ok takda kena mengena. ha selalu la orang pandang rendah muka blur lps tu senyap pula nampak mcm bebal je.. so orang pandang rendah padahal dia tak tahu kita nie actually dok perhati perangai dia analisis dia dari segi obseration *libasshawl. tp bila bersuara eh buat bazir air liur je bukannya nak dengar pandangan kita. so bila kita berada dalam situasi ini kau ghaseeee? tp kalau saya macam biasa saya akan biar je bg la chance dia nak nampak bijak biar biar... hahahahah sambil maki hamun dalam tuwidderr hahahahaha. camni lah kita nie pandai ke bodoh ke moderate ke boleh tak or tahu tak perkataan ini HORMAT? kita patut tahu hormat orang.. kau nak orang hormat kau tp kau pandang org tu mcm kau pandang tapak kaki kau je.. patut ke? takkan.. kau pandai so kau ajar guide la kwn kau yg benak tu utk jd pandai mcm kau. dia ade idea, ok dengar idea dia.. tak tepat? okey takpa kita amek je idea dia mungkin ada ong juga untuk part2 lain. bukannya kau tolak mentah2 sebab eh kita tak setaraf. tahi. sama mcm kkdg kita group bercampur2 ada pandai ada bodo ade moderate eh nak dengar yg cakap si pandai je.. yg moderate ckp sepatah tak nk dgr apatah lg sibodo bersuara. eley padahal kkdg org yg perangai gitu dia pun bukan pandai pun silap2 haribulan pointer si bodo lg tinggi dari dia. tp dia tak tahu so dia feeling2 dia lg pandai dari si bodo. sebab tu kita kene hormat paham tak hormat.

 sebab setiap kita ni di kurniakan perasaan. kau ni nak org jaga hati kau tp kau pijak hati org tu mcm kau lap kaki kt alas kaki lps keluar jamban. mana boleh. nampak tak post nie berunsur2 motivasi bersama ustazah norfatehah ala2 seminar sebelum nak exam masa sekolah dulu kan hahahaa... sebenarnya saya bukannya nak acah3 good tp sebenarnya lebih kepada nak pujuk diri sendiri sebab hermm sering dipandang sepi dan di banding2 kan. penat weh. otak kita mungkin sama bentuk tp kurniaan tak sama. kawan kau dpt 100 test, mana boleh orang lain nak expect ko dpt 100 jugak sebab kwn ko dapat 100. kwn ko dpt 100 ttbe ko dpt 99 je. JE JE? hahaha takkan ttbe ko nak cari kesalahan dalam kertas jwpn kwn ko supaya dia pun dpt 99 sebab kau dpt 99.  paham tak post saya kali ni? ni penuh perumpamaan dan contoh. perangai2 hareyy mcm ni buat orang2 yg mcm ehemm mcm saya nie rasa down. rasa tak confident.. low self esteem low everything.. prefer to be a follower... tahu tak kenapa fatehah up entry seperti ini di minggu final? hahaha sbb saya a little bit down bila everything tak menjadik. tak turn to seperti yang saya harapkan..lepas tu hermm mcm biasa lah ada la beberapa sebab tercetusnya entry seperti ini. sbb kalau biasanya kan saya mmg takkan update blog di minggu exam. waktu sem break saya akan cerita everything tp sem ni stress kene gak luahkan apa terbuku di hati.



Tuesday, April 4, 2017

momo

assalam..

saya pernah cakap kt previous post saya akan up citer pasal kehilangan. okey la saya akan cerita apa dia. saya baru hilang momo. momo kesayangan saya. sugar glider yang saya prnah tulis dulu. sugar glider pertama saya. saya bela dia dari 2011 akhir nya 2017 dia pergi tinggal kan saya.

terasa sebab selalunya balik saya akan rasa happy mesti ada yang menanti saya. tapi sekarang dah takde. saya tak tau saya nak salah kan sapa. saya salah kan diri saya sebab tak perasan dia sakit. sehari selepas saya balik johor plak tu.

kalau saya alert mst dapat selamat kan dia lepas tu saya menyesal sebab tak berapa layan dia.. anggap dia dah tua sedangkan dia la yg bnyk luangkan masa dengan saya. yang banyak buat saya ketawa dekat rumah. sedih ingat balik dia selalu lompat2 eksited bila nampak saya balik tp saya selalu buat tak tau dekat dia.. weh sedih bila dah takde. ni la kan manusia tak appreciate.

saya banyak habiskan masa dengan ozzy sedangkan tanpa dia xde la ozzy.. masa last2 saya banyak spend masa dengan chibi dia tengok je.. kenapa la saya tak sedar masa tu tu last moment saya dengan dia.. menyesal jugak la tak layan bestfriend elok2. dah la dia mati time saya tade dekat dia.

 momo thnaks for everything sebab selalu ada dengan aku masa aku sedih masa aku happy yg banyak cheer kan hidup aku. selalu ada dengan aku tah kenapa masa dia mati aku takde dekat dengan dia. aku rasa terkilan. sebab dia bermakna gila dalam life aku. dah buat aku happy tp aku masa dia mati xde pon dengan dia.

momo kau banyak buat aku tersenyum terima kasih sangat2 aku sangat berterima kasih. mmg masa dapat new momo nie aku punya la sedih sebabnyer aku sampai suruh diorg korek balik tanah yg dpe tanam momo. aku tau aku tak patut. weh binatang yang selalu saksikan kau happy kau sedih weh. binatang yang selalu buat kau gelak. ttbe tinggalkan kau macam tu je.

aku sedih bila teringat dia selalu eksited bila nmpk orang lalu2 depan sngkar dia.. tp kami buat tak tau je. so dia masuk balik dalam sangkar dia. aku bersyukur Allah aturkan kebahagiaan sementara aku hantar sesuatu untuk buat aku happy bukan dalam bentuk saya mcm aku tp binatang. binatang yang banyak membantu aku untuk kembali ketawa bila aku sedih. 

momo aku bersyukur dengan kehadiran kau. aku minta maaf sebab aku bukan lah tuan yang baik untuk kau. aku mintak maaf  aku tak adil... tak main dengan kau sangat lepas ada ozzy. aku mintak maaf. kau salah 1 benda yg terbaik yang pernah ade dalam hidup aku....... terima kasih ade dengan aku selalu walaupun kau kkdg aku ignore kau... padahal kau perlukan attention. thanks selalu teman aku keluar jalan2.. terima kasih.. terima kasih rawat n bantu aku lawan depression aku. terima kasih sangat. you help me a lot. thanks alot. thanks jadi sleep partner aku.. layan gila aku. minta maaf segala kekurangan. aku harap kau maafkan aku. aku bukan lah tuan yang baik aku mintak maaf.

kenapa orang tnye aku nie ala binatang je.. weh kalau tu je buat kau bahagia weh. dulu aku tak faham gak org nak nangis2 pasal haiwan kesayangan, weh aku tak tau nak cakap apa. nak sedih ke apa ke... orang cakap jgn terlalu sedih aku dah rasa mcm hilang sesuatu yg sangat berharga. memang berharga pun kalau nak kenang jasa dia kt aku. kenangan kita aku akan sentiasa kenang. you are the best thing i ever had. rest la sayang sian awk penat melayan karenah saya. terima kasih buat saya bahagia walaupun sekejap.

Thursday, February 23, 2017

assalamualaikum. 

haii lama jugak saya tak update blog. dari dah cuti 3minggu smpai dah masuk sem baru about 2 weeks baru rasa nak update. sem lepas alhamdulillah berjaya diabiskan dengan jayanya walaupun tak abis2 norfatehah nak berenti memanjang kan. saiaa ta kuadd awaa. result sem lepas alhamdulillah menunjukkan peningkatan walaupun tak dekan. saya taklah mengejar dekan tu, kalau rezeki lebih utk dekan alhamdulillah. tp nmpk nya masih belum. kawan2 ramai dekan. itu bahagian diorg lantakkan saja. saya ni simple asal makin naik pun dah xpe even takdekan pun.

sem ni baru je bermula tp baru 2 weeks i can already feel the hittttt hahahahaha... takpa saya cuba. demi masa depan kan? kata nak umah besar nak buat mini zoo bagai kene la berusaha hahahaha. last sem punya cuti tak lama pun about 3 weeks tp tak solid. patutnya lama tp sebab ade kem ukur 9 hari dekat negori. wajib pulak tu nak taknak kene la pergi. satu pengalaman untuk saya. other than that saya malas nak kenang.

new sem new me? really? hahaha saya cuba untuk bertegas sikit dalam pelbagai hal. mungkin orang tak boleh terima perubahan ketegasan saya well biasa la bila kita stop jadi seperti yang mereka inginkan, mereka kata la kita berubah la apa la padahal just sbb kita tak nak ikot telunjuk diorang. saya cuba untuk jd lebih baik.

sem nie awal2 sem saya dah hadap satu kehilangan. kehilangan yang besar buat saya nnt saya akan up kan pasal tu dalam entry yg lain. tp sejak takda ia, hidup saya kosong. dah la memang kosong bila takde lagi bertambah kosong. animal lover je yang faham.

pasal yang last enty tu saya dah berjaya stop feeling saya yeayyy. tp tu la dengan keadaan yang tak bagus sebenarnya. hahaha boleh katakan saya stop ade feling pada dia tp bukan stop begitu saja tp saya jd tak suka.. meluat pada dia. semua terjadi semasa kem ukur. itu di akui ade jugak kawan2 sekolah yang tahu pasal hal nie. diorg bg saya sokongan hahahaaha dah mcm mati laki plak padahal crush jenis "pecinta wanita" je pun. well sakitnya tu disini tauu.

tp takpe elok lah bila saya kembali sedar. berpijak dibumi yang nyata. mana sesuai saya dengan dia. hahaha dah malas nak ulas lanjut. tp tu la penangan dia smpai semua rasa dah takde. even tgok lelaki pun cam eh golongan2 ni la wat hati ini merana hahahahahaha.... masih straight jgn risau cuma takkan bercinta dan dicintai lg kot. rela membujang sampai tua hahahah heart broken tahap 7... dah berjanji dengan diri sendiri taknak crush2 dah..

dalam hal tu tah la xde sapa2 salah pun rasanya saya diri sendiri yg salah sbb nyer sapa suruh pandai2 crush2 jatuh cinta kan. sendiri cari penyakit. tp nasib 1 sem je lepas tu norfatehah berjaya jumpa balik cermin untuk cermin diri. saya mmg susah nak jatuh cinta sbb jatuh cinta or perasaan suka saya limited edition. saya baru pernah tersungkur dalam kancah ni 2x ewahhh mcm apa je kancah2 kan hahaha yes 2x. sbb saya tak mudah bergaul biasa la introvert kan...kawan perempuann je... suka org ngan jatuh cinta susaah..so pasni2 no more dr. faisal keee apa ke yg dulu saya suka gak wat bahan ciaa ciaa dengan kwn2 now no more..

sem ni no more crush2... taknak dah. serius taknak.... hati ini bukan untuk dipermainkan hahahha cewahh. padahal sendiri yang cari pasal. harap2 sem nie bila dah tak jatuh2 cinta hope saya boleh jagaa pointer meningkat setiap sem. sem ni merupakan sem 4 ditahun ke 3. pejam celik saya insyaAllah degree nak buat 3tahun setengah now dah tahun ke 3 disem ke 4 rasa risau jugak. hope dpt habiskan dengan jayanya tp ofkos la sepanjang itu all my dear silent reader kene tahan la dgn segala rintihan update. hahaha... agak busy lepas ni pun cuti sem takkan cuti since dah nak li. ermmmmmmmm malas. pasal lain2 saya akan up kan entry lain pula nnt. bye 💋