Friday, September 29, 2017

rindu

assalamualaikum 


hai 27 sept yang lalu genap saya berusia 18 eh eh 24 tahun. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... sepanjang 24 tahun hidup sehat walafiat. insyaAllah. masih diberi peluang perbaiki diri. masih bernafas menikmati nikmatNya. pencapaian 24 tahun hidup? entah la upsr pmr spm done hahaha diploma in civil engineering pun done. sekarang tengah upgrade education ke peringkat ijazah sarjana muda. ada baki setahun lagi. doakan saya deh.

biasanya memang saya tak celebrate besday. sebab tak menjadi keperluan untuk saya. sambut boleh tak sambut boleh. saya akan appreciate sapa yang wish and sapa yang celebrate. namun begitu  saya berharap mereka faham kenapa saya tak boleh terlalu happy di tarikh saya dilahirkan. setiap tahun akan begini. tarikh yang sepatut saya happy tp saya susah payah kontrol perasaan saya... untuk terus rasa nyaman.  saya akan rasa lega bila ada orang wish tp saya masih sangsi sama ada saya perlu mcm mana. 

apa yang saya rasa sebenarnya? saya rasa happy tp saya rasa sedih dalam masa yang sama sebab terkenang kan apa yang berlaku beberapa tahun dulu. memang takkan pernah berubah setiap tahun memang akan macam ni. tp untuk tempoh tertentu je. and biar mcm ni sebab nanti saya akan okey dengan sendiri. setiap tahun apa yang saya rasa, saya rasa berat hati.. sebak.. rasa susah nak bernafas rasa kenapa mesti ingat semua nya. rasa kenapa masih tak lupa. setiap nya yang berlaku pada tarikh tu masa tu saya igt. dan itu sangat menyakitkan. untuk saya ada tarikh tertentu.. 27 dan 28 sept. dan 28 ramadhan.

saya sentiasa ingat apa yang terjadi 28.9.2008 dulu. mak pergi pagi tu 11.25 a.m segala2 tehah ingat. tak pernah lupa langsung. one day tehah nak citer kt mak apa yang jadi sepanjang lepas mak takda. kita boleh borak sepanjang panjang nya masih menaruh kalau ada peluang sekali kita jumpa tehah akan cerita semuanya... macam mana tehah terseksa hidup tanpa mak. kadang-kadang tehah rasa marah sebab mak tinggalkan tehah and tehah kene lalui semua ni. tapi kalau mak ada mesti mak taknak tengok tehah sedih.  tapi kita tak banyak moment lagi.. mak tak tengok tehah pmr. spm. masuk universiti.. tak tengok tehah konvo.. kita tak sempat nak pergi mana2 sama2.. naik kereta selepas tehah ada lesen. tak sempat nak bye2 tehah kt stesen bas bila tehah nak balik johor.  tak sempat nak g bercerita kt kwn2 mak anak mak ni tgh degree nnt nak jadi engineer. tak ada disisi bila tehah nak citer belajar engineering ni susah. hahaha takde disisi bila tehah nak ngadu kene tipu dengan pomen. tak sempat nak rasa masakan tehah yang sedap gila hahaha... tak caya tanya ayid. tak sia sia mak membebel dulu jerit2 ajar tehah memasak masa mak sakit. tp tehah silap masa tu lupa nak salin resepi2 tu. sebab tehah ingat kita boleh masak sama2 sampai sekarang. and tehah ingat mak boleh ajar tehah masak lagi sebelum tehah kawen. hahaha dont worry taknak kawen pun. and paling penting kalau mak ada skrg nie hidup kita akan sama mcm dulu takkan pernah berubah.. takkan . 

orang kata nanti kt sana kita akan jumpa balik pasangan kita yang terakhir sebelum kita pergi. tehah tau mak mesti sedih sebab takkan jumpa balik pasangan mak nanti sebab pasangan mak akan jumpa orang lain nnt. tp mak ada tehah. kita akan jumpa dan itu dah cukup. masa malam kita borak2 sebelum mak kt icu mak ada pesan untuk tehah jaga bapak baik-baik.. kawan n geng ngan bapak. tehah dah buat sebaik mungkin, tapi tehah tak boleh lawan takdir Allah untuk hal2 yang lain. malam tu mak pesan suh belajar rajin2.. jadi doktor. ish anak mak ni benak. memang la masa pmr sains dapat A tp dah start masuk science stream tehah xboleh blaa so kita jadi engineer ok dah kot kan mak? nak abis kan ini pun susah mak. kadang3 tehah takot tak mampu tp tehah buat ni semua untuk mak. 

mak suruh berkawan dengan lelaki yang baik mcm kwn ayid kt izudin kan? hahahahahahahaa diorg bila dah besar lain perangainya mak. tambah2 anak mak tu ha.. dh mcm jelmaan setan dah sekarang. tehah dah pun buat keputusan untuk tak berkawen. tehah rasa tenang dengan keadaan tu. tp kalau ade mak sekarang nie mesti marah kan kalau dpt tau  tehah taknak kawen. hahahaha.... mcm mna tehah nak kawen kalau mak takde... dulu mak pernah nangis sebab rasa macam mak menyusahkan tehah kan mak? mak sebenarnya tak patut cakap mcm tu sebab sampai sekarang tehah igt hal ni. sepanjang tehah kt hospital tehah tak rasa mcm menyusahkan pun.. tehah rasa lega sebab tehah sentiasa ada dekat dengan mak. rugi ayid and maman tak boleh sentiasa ada dengan mak. tp tehah boleh :) 

mak benda yang tehah rasa tehah rugi dulu, tehah tak pernah tunjuk apa yang tehah rasa.. misalnya tehah tak pernah ckp tehah sayang mak. hahah benda tu macam memalukan. tp tehah rasa mak tau kan.. tehah sentiasa sayang mak. rindu? dulu kita jumpa hari2 and masih mentah tak tau la rindu ke tak. tp masa mak pergi haji ngan bapak dulu hari2 tehah rindu. and sekarang ni tehah rindu... rindu sangat. rindu yang tak terluah. masa mak pergi haji tu hahaha masa tunggu mak kt airport dh nmpak dah mak ngan bapak jalan keluar dari pintu tu hahaha tp tehah lari dulu jap sebab nak g nangis ahahahahahahahahah. well masa tu tak expect pun nak acah2 mcm dalam tv org sambut family kt airport pun nangis. 

kita cipta kenangan yang kadang2 dulu kita takpernah pun ingat tu kenangan kita. benda yang akan kita kenang. misalnya, kita selalu share payung bila keluar dari umah che amah bila kita g bergossip kt umah cik amah masa hujan. and kita akan berpelukan gelak2 bawah satu payung jalan balik ke rumah. mak pernah ke fikir benda tu akan jadi satu kenangan untuk kita? tehah pun tak terfikir masa tu tp tehah terfikir sekarang.  sekarang mak dah pun jumpa abg mak, maktok and wan kt sana. satu keluarga dah bergabung semula. tp mak tinggalkan kami kt sini yang ditemani kenangan. semua yang terjadi ada hikmahnya.. semoga mak dan yang lain2 bahagia kt sana, 1 masa nanti kami akan menyusul.. muka tak malu ni teringin syurga Allah. nanti kita masuk sana semua 1 keluarga ye mak. tehah sentiasa doa Allah ampun kan dosa kita semua.. masukkan kita ke tamanNya.. jauhkan kita dari nerakaNya. mak, tehah rindu and sayang mak