Thursday, February 23, 2017

assalamualaikum. 

haii lama jugak saya tak update blog. dari dah cuti 3minggu smpai dah masuk sem baru about 2 weeks baru rasa nak update. sem lepas alhamdulillah berjaya diabiskan dengan jayanya walaupun tak abis2 norfatehah nak berenti memanjang kan. saiaa ta kuadd awaa. result sem lepas alhamdulillah menunjukkan peningkatan walaupun tak dekan. saya taklah mengejar dekan tu, kalau rezeki lebih utk dekan alhamdulillah. tp nmpk nya masih belum. kawan2 ramai dekan. itu bahagian diorg lantakkan saja. saya ni simple asal makin naik pun dah xpe even takdekan pun.

sem ni baru je bermula tp baru 2 weeks i can already feel the hittttt hahahahaha... takpa saya cuba. demi masa depan kan? kata nak umah besar nak buat mini zoo bagai kene la berusaha hahahaha. last sem punya cuti tak lama pun about 3 weeks tp tak solid. patutnya lama tp sebab ade kem ukur 9 hari dekat negori. wajib pulak tu nak taknak kene la pergi. satu pengalaman untuk saya. other than that saya malas nak kenang.

new sem new me? really? hahaha saya cuba untuk bertegas sikit dalam pelbagai hal. mungkin orang tak boleh terima perubahan ketegasan saya well biasa la bila kita stop jadi seperti yang mereka inginkan, mereka kata la kita berubah la apa la padahal just sbb kita tak nak ikot telunjuk diorang. saya cuba untuk jd lebih baik.

sem nie awal2 sem saya dah hadap satu kehilangan. kehilangan yang besar buat saya nnt saya akan up kan pasal tu dalam entry yg lain. tp sejak takda ia, hidup saya kosong. dah la memang kosong bila takde lagi bertambah kosong. animal lover je yang faham.

pasal yang last enty tu saya dah berjaya stop feeling saya yeayyy. tp tu la dengan keadaan yang tak bagus sebenarnya. hahaha boleh katakan saya stop ade feling pada dia tp bukan stop begitu saja tp saya jd tak suka.. meluat pada dia. semua terjadi semasa kem ukur. itu di akui ade jugak kawan2 sekolah yang tahu pasal hal nie. diorg bg saya sokongan hahahaaha dah mcm mati laki plak padahal crush jenis "pecinta wanita" je pun. well sakitnya tu disini tauu.

tp takpe elok lah bila saya kembali sedar. berpijak dibumi yang nyata. mana sesuai saya dengan dia. hahaha dah malas nak ulas lanjut. tp tu la penangan dia smpai semua rasa dah takde. even tgok lelaki pun cam eh golongan2 ni la wat hati ini merana hahahahahaha.... masih straight jgn risau cuma takkan bercinta dan dicintai lg kot. rela membujang sampai tua hahahah heart broken tahap 7... dah berjanji dengan diri sendiri taknak crush2 dah..

dalam hal tu tah la xde sapa2 salah pun rasanya saya diri sendiri yg salah sbb nyer sapa suruh pandai2 crush2 jatuh cinta kan. sendiri cari penyakit. tp nasib 1 sem je lepas tu norfatehah berjaya jumpa balik cermin untuk cermin diri. saya mmg susah nak jatuh cinta sbb jatuh cinta or perasaan suka saya limited edition. saya baru pernah tersungkur dalam kancah ni 2x ewahhh mcm apa je kancah2 kan hahaha yes 2x. sbb saya tak mudah bergaul biasa la introvert kan...kawan perempuann je... suka org ngan jatuh cinta susaah..so pasni2 no more dr. faisal keee apa ke yg dulu saya suka gak wat bahan ciaa ciaa dengan kwn2 now no more..

sem ni no more crush2... taknak dah. serius taknak.... hati ini bukan untuk dipermainkan hahahha cewahh. padahal sendiri yang cari pasal. harap2 sem nie bila dah tak jatuh2 cinta hope saya boleh jagaa pointer meningkat setiap sem. sem ni merupakan sem 4 ditahun ke 3. pejam celik saya insyaAllah degree nak buat 3tahun setengah now dah tahun ke 3 disem ke 4 rasa risau jugak. hope dpt habiskan dengan jayanya tp ofkos la sepanjang itu all my dear silent reader kene tahan la dgn segala rintihan update. hahaha... agak busy lepas ni pun cuti sem takkan cuti since dah nak li. ermmmmmmmm malas. pasal lain2 saya akan up kan entry lain pula nnt. bye 💋