Wednesday, November 28, 2012

niat dan cara qadarkan solat

assalam 

harini saya nak share sikit. heee kehidupan kite sebagai manusia selalu lalai...ttmbah student mcm saya nie... tetambah orang muda mudi mcm saya nie.... semoga amalan kita diterima oleh Allah swt.okey straight to the point :)

Soalan
Bagaimanakah cara meng qada kan solat fardhu 5 waktu yang terlepas atau tinggal dengan sengaja..

1 ) apakah cara qada kan solat tersebut?
2) niat qada kan solat??
3) saya terlepas solat subuh?? bagaimana mana qada kan?? apa waktu yang sesuai?? harap ustaz jelas satu per satu... mudah bagi saya faham..

Jawapan
Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
1. Solat fardu yang tertinggal atau tidak didirikan pada waktunya perlu diganti (qadha’). Cara melakukannya adalah sama seperti solat fardu yang telah ditinggalkan. Sebagai contohnya, jika tertinggal Solat Zuhur yang mempunyai 4 raka’at, maka solat qadha’ bagi Solat Zuhur tersebut juga mestilah sama seperti Solat Zuhur yang didirikan dalam waktunya. Apa yang membezakan di antara kedua solat ini hanyalah pada niatnya sahaja (di dalam takbir; Ada’an/Qadha’an).

2. Niat Qadha’ bagi solat fardu lima waktu:


1. maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”
2. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

3.Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”

4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”

5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”

3.Jika anda tertinggal Solat Fardu Subuh, anda sudah boleh meengerjakan solat qadha’ untuknya sebaik sahaja matahari telah terbit. Ringkasnya, ia sudah boleh dikerjakan sebaik sahaja telah tamat waktunya.
Selamat beribadat.

 Wallahu 'alam